Bismillah dan salam untuk semua...

Sumber: http://www.mamafaiz.com/ . Tq kakCery
Kenapa Shaklee tambah ekstrak biji anggur pada
vitamin E ni. Meh saya kongsikan kelebihan grape seed extract (ekstrak biji
anggur):
- Ekstrak biji anggur
mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protein, lipid,
karbohidrat dan polifenol
- Kuasa antioksidan polifenol adalah 20
kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada
vitamin C. Dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan
mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk
memelihara kecantikan dan yang best grape seed extract terbukti
berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol,
menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada
urat timbul.
- Melambatkan penuaan.
- Salah satu phenol yang ditemui
dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen
berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari
penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita,
procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan
seseorang nampak muda secara semulajadi.
SESUAI UNTUK SUAMI ISTERI:
Kebanyakan lelaki yang
mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu
sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri
berbanding yang tidak mengambilnya.
Manakala wanita pula yang
mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan
“sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang
dalam VITAMIN E bertindak
menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di
alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang
terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau
masalah kesihatan.
Pengambilan VITAMIN-E berdosage
tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan
estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam
badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS,
seperti risau, kembung perut, sakit kepala, senggugut dan “mood swings”, yang
sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.
___________________________________________________
Dan tahukah anda. di samping
berikan pada suami tersayang. anda juga kena mkn vitamin E ni. Kenapa? Kerana
pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana
vitamin E membantu melambatkan
proses penuaan.
Tapi ada byk vitamin E di pasaran. Nak beli yg mana satu?
Ambillah vitamin E yang asli ,cuba cek labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.
Apa lagi khasiat Vitamin E?
Jika anda konsisten dgn Vitamin E yg berkualiti. anda akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang....Selain bagus untuk kulit ia membantu kawal kolestrol , merendahkan triglycerides, bagus untuk saraf, mengecilkan pori-pori pada wajah, jika diambil suami isteri mengeratkan keintiman, bantu atasi kulit kering, berkudis, dan banyak lagi sebenarnya.. dan tahukan anda ia dpt mencerahkan warna kawasan sekita aerola..
_____________________________________________________
Vitamin E berkualiti
pilihan saya adalah Vitamin E
dari jenama Shaklee. Kenapa?
Kerana Shaklee mempunyai
vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu. Ianya
vitamin asli dan beserta unsur selenium*
Sekilas Fakta:
Vitamin E ialah salah satu
antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Berdasarkan kajian, vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih
kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ
tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan
otot.
Namun, yang menariknya
vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari
(tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin
A.
Vitamin E dikira dalam unit
IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8
komponen dalam 2 kelas utama :tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari
komponen-komponen, alpha, beta, gamma dan delta.
Vitamin E yang lengkap
sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah
komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarkan alpha-tocopherols.
Satu
kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati
bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan
risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda tampak lebih muda dengan
membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
· Memperbaiki peredaran darah, untuk memperbaiki tisu, dan sangat
berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit
fibrocystic payudara.
· Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan,
mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan
penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari
kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama
menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan
membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis
gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah
lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana
ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil,
menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous
memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak
sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.
Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang
dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air,
dan gandum.
Kekurangan vitamin E boleh
menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur dan anemia.
No comments:
Post a Comment